Sunday, June 28, 2009

Mesyuarat Aktiviti Pegawai Sains KKM di Negeri Sabah Bil 1/2009


Kehadiran Pegawai-pegawai Sains di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia seluruh Negeri Sabah ke mesyuarat kali-1 ini, telah membuktikan komitmen kami semua untuk berkhidmat dengan cemerlang di negeri `Bumi Dibawah Bayu` ini. Faktor bentuk muka bumi yang pelbagai tidak menjadi halangan utama untuk kami terus menabur bakti demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat Sabah.

Mesyuarat diadakan pada tanggal 20 Mei 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat Hospital Likas, pada jam 2.30 petang. Agenda utama mesyuarat ialah:
a) Pembentukan ahli jawatankuasa.
b) Perancangan aktiviti tahunan.

Pegawai Sains dari Labuan, Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Keningau, MKA Bukit Padang, Likas, dan HQE sendiri sama-sama memberi buah fikiran yang bernas untuk memastikan kesempurnaan agenda pada kali ini. Hasil persetujuun bersama, diakhir mesyuarat ini terciptalah nama rasmi bagi `blog` kami iaitu : sabahMOHscientist. Sila layari kami di http://www.sabahmohscientist.blogspot.com.

Diharap kerjasama yang diberikan akan terus utuh buat selamanya...

Laporan disediakn oleh:
Mohd. Khairul Nizam bin Mohd. Saleh
Pegawai Sains (Kajikuman) C41
HQE

2 comments:

  1. mana ada khusyuk ne. byk gelak ada la. lagi satu x leh letak www utk blog ne. trus taip sabahmohscientist.blogspot.com klu letak mesti redirect. anyway well done guys for this blog.

    ReplyDelete