Sunday, June 28, 2009

Mesyuarat Aktiviti Pegawai Sains KKM di Negeri Sabah Bil 1/2009


Kehadiran Pegawai-pegawai Sains di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia seluruh Negeri Sabah ke mesyuarat kali-1 ini, telah membuktikan komitmen kami semua untuk berkhidmat dengan cemerlang di negeri `Bumi Dibawah Bayu` ini. Faktor bentuk muka bumi yang pelbagai tidak menjadi halangan utama untuk kami terus menabur bakti demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat Sabah.

Mesyuarat diadakan pada tanggal 20 Mei 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat Hospital Likas, pada jam 2.30 petang. Agenda utama mesyuarat ialah:
a) Pembentukan ahli jawatankuasa.
b) Perancangan aktiviti tahunan.

Pegawai Sains dari Labuan, Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Keningau, MKA Bukit Padang, Likas, dan HQE sendiri sama-sama memberi buah fikiran yang bernas untuk memastikan kesempurnaan agenda pada kali ini. Hasil persetujuun bersama, diakhir mesyuarat ini terciptalah nama rasmi bagi `blog` kami iaitu : sabahMOHscientist. Sila layari kami di http://www.sabahmohscientist.blogspot.com.

Diharap kerjasama yang diberikan akan terus utuh buat selamanya...

Laporan disediakn oleh:
Mohd. Khairul Nizam bin Mohd. Saleh
Pegawai Sains (Kajikuman) C41
HQE

Di Sini Langkah Bermula..


Pada tanggal 9 April 2009, bertempat di Bilik Mesyuarat Pengarah Lama, Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu telah diadakan satu mesyuarat dikalangan Pegawai Sains Hospital Queen Elizabeth. Pegawai Sains yang hadir antaranya dari latarbelakang pebagai bidang seperti :
a) Kimia Hayat
b) Kaji Kuman
c) Fizik
d) Forensik.

Mesyuarat ini diperusikan oleh En. John Baptist Maluda dan beliau merupakan Ketua Aktiviti Pegawai Sains Negeri Sabah. (Rujuk surat lantikan beliau bertarikh, 23 Mac 2009). Turut hadir ialah En. Mohd. Yassim, selaku wakil dari Hospital Likas.

Antara perkara yang dibincangkan ialah:
a) Objektif utama mesyuarat.
b) Melaksanakan KPI Pegawai Sains.
c) Memperkasakan aktiviti latihan serta R&D kepada Pegawai Sains.
d) Pembentukan carta organisasi Urusetia jawatan Pegawai Sains Negeri Sabah.

Mesyuarat ini ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari. Jamuan makan tengahari mengakhiri pertemuan penuh bermakna ini.

Laporan disediakan oleh :
Mohd. Khairul Nizam bin Mohd. Saleh
Pegawai Sains (Kajikuman) C41
Hospital Queen Elizabeth.

Friday, June 12, 2009

Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan BLOG ini mengumpulkan Pegawai-pegawai Sains Kementerian Kesihatan Malaysia yang berkhidmat menabur bakti di Negeri Sabah. Anda dengan ini dijemput untuk sama-sama memberikan komitmen padu atas tujuan ini. Justeru Jawatankuasa `Urusetia Jawatan Pegawai Sains` di Negeri Sabah telah digagaskan pada tanggal 20 Mei 2009, bertempat di Bilik Mesyuarat Hospital Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Untuk makluman semua, hasil kata sepakat dari mesyuarat tersebut, beberapa keputusan telah diambil:
a) Pembentukan Ahli Jawatankuasa Urusetia.
b) Perancangan aktiviti tahunan (Aktiviti Pegawai Sains).

Sekian terima kasih,

Sebarang masalah sila hubungi:

EN JOHN BAPTIST MALUDA
Pegawai Sains Kimiahayat C52
Ketua Program Pegawai Sains JKNS
Tel: 088-517136